JOHOR
ARKIB : 28/01/2010
Zolsani 'kahwinkan' besi
Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my
KOTA TINGGI 27 Jan. - Kira-kira lebih 800 tahun dahulu di zaman keagungan pemerintah Kesultanan Melayu, keris menjadi salah satu senjata mempertahankan diri bagi orang Melayu.
Keris juga menjadi alat kebesaran raja dan merupakan lambang kedaulatan orang Melayu.
Antara keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah, pahlawan Melayu terkenal.
Bagaimanapun, seiring dengan peredaran zaman, keris tidak lagi digunakan secara meluas dalam kehidupan harian selain tidak ramai yang mahir untuk membuatnya.
Seorang bekas pengawal keselamatan, Zolsani Busu, 42, berkata, beliau menjadi tukang besi sejak 17 tahun lalu.
Antara seni pertukangan besi yang dibuat oleh Zolsani atau lebih dikenali sebagai 'Zol Parang' adalah pembuatan keris, pedang, parang dan kerambit.
Menceritakan pembabitan awalnya dalam pertukangan besi, Zolsani berkata, beliau mula belajar membuat parang daripada seorang tukang besi, Abd. Hamid Abd. Halim selama tiga tahun ketika bekerja di Ladang Tabung Haji di Kluang.
Beliau mula membuat kerja-kerja pertukangan besi secara kecil-kecilan sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan berpindah ke Felda Penggeli Timur, Kota Tinggi pada 1999.
Bermula dari situ, beliau terus melakukan kerja-kerja pertukangan besi sepenuh masa di sebuah bengkel khas yang didirikan di sebelah rumahnya.
Untuk memantapkan lagi kemahiran dalam seni pertukangan besi, beliau turut menyertai Hari Kraf Kebangsaan di Jalan Conlay, Kuala Lumpur sejak tiga tahun lalu.
''Banyak ilmu dan pengalaman yang saya kutip sepanjang pameran tersebut termasuk bertukar pandangan dengan tukang besi yang datang dari seluruh negara.
''Saya sendiri tidak malu untuk meminta tunjuk ajar daripada seorang tukang buat keris dari Kelantan, Adiguru Abdullah untuk mendalami seni pembuatan keris," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Menurut Zolsani, kerja-kerja pembuatan besi terutama sekali keris, memerlukan kepakaran dan ketelitian agar hasil kerja terakhir memberi kepuasan bagi dirinya dan juga pelanggan.
Katanya, kerja membuat mata keris dimulakan dengan proses dipanggil 'kahwin besi' iaitu menyatukan beberapa jenis besi antaranya besi mentah, besi waja, nikel, aluminium, tembaga dan banyak lagi.
Setelah 'dikahwinkan', besi tersebut kemudiannya dibakar menggunakan api pada kadar suhu tinggi selama kira-kira 20 minit sebelum ia diketuk dengan penukul bagi proses membentuk besi.
Proses membuat ulu dan sarung keris pula mengambil masa sehingga lebih enam jam bergantung kepada bentuk, motif corak dan ukirannya.
''Ada juga pelanggan yang mempunyai mata keris yang berusia lebih 100 tahun, meminta saya untuk membuat ulu dan sarungnya saja," ujarnya.
Katanya, antara jenis kayu yang biasa digunakan adalah kemuning, kentang, jati mas dan yang paling popular adalah penawar hitam memandangkan kayunya yang bertompok atau berbelang hitam dan putih.
Zolsani memberitahu, jumlah keris yang dihasilkannya dalam sebulan tidak menentu dan kebiasaannya dibuat berdasarkan tempahan yang diterima daripada pelanggannya.
''Kebiasaannya besi diberikan sendiri oleh pelanggan atau saya beli sendiri di kedai besi lusuh dan kilang manakala kayu pula saya cari di hutan atau ladang kelapa sawit berhampiran rumah.
''Harga bagi sebilah keris adalah berdasarkan saiz dan kecantikannya iaitu antara RM500 dan RM1,800," katanya.
Ujarnya lagi, rata-rata keris yang dijual akan dibeli oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan korporat, ahli perniagaan dan ramai lagi dari seluruh negeri.
Kebiasaannya, keris yang dihasilkan akan dijadikan barangan cenderahati ataupun untuk simpanan peribadi.
pegang kemas kemas, gigit erat erat seperti gigit dengan gigi geraham
31 December 2010
15 February 2010
Permulaan
pada awal pagi / tgh malam ni aku mencuba cuba mengunakan laman BLOG aku ni.... sendiri pun takde idea ape nak coret dan conteng...
aku dilahirkan di petaling jaya, selangor..... dalam kehidupan di taman perumahan... pembangunan memang tak dinafikan laju sungguh, kekadang tu rasa cam jauh sangat aku ketinggalan.... tapi apekah itu DEFINASI pembangunan.. secara fizikalnye, sosialnye dan yg pelbagai lagi, macam yg kat media selalu citer tu.
tetapi aku lak selalu rasa bila keadaan ini berlaku "perhubungan masyarakat dengan yg ESA dan jugak dengan sesama INSAN" makin jauh... dulu aku boleh kenal semua individu kat taman aku tak kira atuk, pakcik, makcik, abang, kakak, adik siapa pun lah...kalu orang luar datang dan bertanya mana rumah sipolan sipolan ermmm dengan selambanye aku leh bagi direction... time tu mana ade GPS
la ni kat taman aku ni yg aku kenal sekerat dua kerat jee... ada tu kenal rupa, sembang selalu gak tapi nama ermm aku lupa (byk makan semut la ni) atau aku lupa nak tanya...(HISHHH silap aku la ni)
so berbalik bila aku balik rumah mak aku... perhhh la ni almost 75% aku dah TAK kenal semua orang luar (menyewa).. teman2 dulu pun dah susah nak jumpa al maklumlah jawapan standard...BZ... BZ dgn family aku pun guna gak alasan standard tu...
disebabkan lokasi aku dibesarkan tidak ade sungai so permainan zaman kanak2 aku ape lagi, basikal WAJIB... layang2 buat sendiri pakai kertas surat kabar.. kalu ade duit lebih bole pakai kertas majung atau kertas minyak.. gasing beli la tak reti buat sendiri, guli 10 - 20sen sebijik, kalu jumpa papan time cuti sekolah sure bikin senapang peluru buah cherry (aduh rindu nak panjat pokok cherry sambil kunyah buah cerri)
kekawan suma ade basikal (BMX beb gua pakai brand KUWAHARA beb) so kekawan aku ni lak suka pi mandi lombong.. bab ni yg aku suspen ni sebab mak aku momokkan aku, dia kata kat lombong ade hantu... la ni lombong tu dah cantik dahh siap orang lepak, jogging riadah lagi... kat situ jugak la kekawan aku start blajar hisap rokok..time tu rokok cap kuda,more, dan aarrggghh byk lagi tapi aku dah lupa sebab aku alhamdulillah pada zaman tu tak terpengaruh langsung dengan ROKOK (bangga beb), mandi lombong pun aku tak buat sebab ingat pesan mak aku...
jadi untuk balancekan balik mandi lombong tu... bila time cuti aku mintak bapak aku duit (bab ni mmg sukar..takut siot) tapi kalu nak pi swimming pool kat PJ State(masa tu milik MPPJ dah tu jadi kelab ape tah sekarang) sure ayah aku takdehalnye...nah lima henggit trus dia kasi...perghhh mewah siap bole belanja kawan makan roti canai lagi... roti canai 30 sen brader time tu...
yang best zaman ni.. mak ayah aku tak pernah risau pasal aku naik bskal jauh2 yang pasti sebelum magrib dah ade kat umah siap dah mandi... kalu tak kena la jurus rotan tak kenal mangsa..hehehhe
tu yang aku frust tu bila zaman anak aku pulak... aduh macam2 kes CULIK la, rogol la, tah ape2 lagi la (Al Fatihah untuk yang telah berlalu dan berlaku)... kakak aku kuar pi sekolah pukul 6.15 pagi mak aku tak risau pun time tu mmg gelap bos... mana ade pesta lampu macam sekarang... selamba jee kakak wa jalan kaki pi sekolah takde hal pun (alhamdulillah)... sekarang jangan buat BANG... aku sendiri pun takut nak kuar gelap2 camtu tak cukup infra RED kut.....hehhehe nanti wa sambung citer bosan wa ni

Subscribe to:
Posts (Atom)