31 March 2011

ketegori / Level Solat

Alhamdulillah, pagi tadi sempat melayan program TANYA lah USTAZ....(kali ni hostnye Dato Abu Hassan Din Al Hafiz)

Nota : kata Dato Abu Hassan Din Al Hafiz
(berkaitan dengan soalan: kenapa Solat tapi masih ENGKAR pada ALLAH...)

Surah Al Ankabut : 45
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Solat terbahagi kepada 5 ketegori ( ada juga para ulamak menyatakan 4)

1. Solat Orang Jahil
  • - main ikut jeee.. tau brapa rakaat udah... kira main hantam jee la ni
2. Solat Orang Kebanyakan
  • - tau la skit2 seperti rukun tapi tak faham dan tak mau mendalami
3. Solat Orang Arif
  • - ermm mmg arif la.. faham rukun, faham maksud ade ilmu tapi tak khusuk
4. Solat Orang Khusuk
  • - macam dalam hadith; Rasulullah S.A.W bersabda " solatlah seperti kamu                                       melihat Allah, jika kamu tidak mampu sesungguhnya Allah Pasti melihat kamu" (riwayat muslim)
5. Solat Orang Ikhlas - Allah lebih mengetahui

Jadi Beliau menambah, nak meningkatkan tingkatan solat kita WAJIB cari ILMU dan AMALkan..
Nak cari kat mana?     CARIlah GURU yang BENAR!!!!  dah berguru baru lah best refer dan baca kitab/buku...



Aduh ketegori mana kah aku?....

30 March 2011

DAH TAU TAPI BUAT2 Tak Tau

sememangnye, kebiasaannye aku selalu nak salahkan orang lain, nampak jee salah org lain , SALAH SENDIRI aku buat2 tak nampak....

Aduh, aku selalu kata ada agen yahudi la, agen nasoro la, buat bangunan itu konsep yahudi lah , kensep nasoro, retoran agen yahudi restoren nasoro dan bagai bagai lagi...(Benda ni mmg dah ditulis, termaktub dalam QURAN nak heran ape lagi)...cuba rujuk Tuan WIKIpeDIA... tajuk masjid... ade macam2 reka bentuk masjid, Kalu Zaman para SAHABAT, dan KHALIFAH terdahulu banyak gak gereka depa CONVERT jadi MASJID bule jeee nak SOLAT.. pikir-pikirkan lah

TETAPI, ape yg aku buat?

Jadi bermula saat ini aku nak berazam... aku kena baiki diri ini, aku selalu terlupa bahawa segalanye telah di beritahu oleh yang MAHA ESA melalui KekasihNYA... Baginda  S.A.W dah WASIATkan dah pun...

Dah tu buat ape la nak sibuk bangunan tu bentuk ni bangunan ni bentuk ni masjid tu bentuk tu masjid ni bentuk........ KALU AKIDAH, TAUHID, IMAN HANYA kepada yang MAHA ESA... aku YAKIN tiada makluk yg aku takutkan... antaranye telah terkandung dalam doa IFTITAH


Maksudnya:
Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam)
 
Jadi takyah aku nak sibuk2 lagi naper buat bangunan camtu camni, agen camtu camni... KALU QURAN dan HADITH, SUNNAH jadi panduan PASTI selamat itu JANJI NABI ku RASULku YA MUHAMMAD s.a.w. 
 
MANTAPkan DIRI, KELUARGA, JIRAN, SAUDARA INSYAALLAH, yang MAHA KUASA pasti memberi keadilan...

29 March 2011

PULANG ke GANGGANG

Merantau ko tompek orang cari ilmu tuk buek bekalan... bila dah tibo maso pulang lah dio....

( credit to sjnsherza... sori bos without permission hehehhe)



28 March 2011

Parang Sembelih



Parang Sembelih aku... di tempah khas (hehehhehe kunun2) yang pasti memang puas hati......

Don't Blame Others

KataNYA, jangan kita marahkan pemimpin/raja yg zalim, sebaliknye kita kira2 / HISAB diri kita sendiri dulu...Sebab Pasti DIA akan datangkan yg adil selepas itu.....


Kalu zaman dolu2... cara pemilihan memang BEST contoh Perang BAdar, Perang UhuD dan byk lagi... cuma la ni kita dah tak perang cara tu... So BerJIHADlah dengan sebaiknye... (PANGKAHHHHH)

22 March 2011

InsyaAllah

Al-Khafi: 23 & 24

Terjemah:
23. Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan tentang sesuatu: 'Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini besok pagi,

24. kecuali (dengan menyebut): 'Insya Allah'. Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: 'Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya dari pada ini'.

17 March 2011

Cubaan dan Dugaan

Adakah yg buruk yg tak best jee.. Antara dugaan yang berat sebenarnye  Harta dan kekayaan dunia.. bukan bermaksud kita tak perlu usaha utk senang.. Tapi fikirlah "fikir itu Pelita Ilmu"

Ya Allah Berkatilah dan Rahmatilah kami

Surah Al Imraan :8
Terjemah:
(Mereka berdoa): 'Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)'.

13 March 2011

Mee Udang Pulau Sayak

alhamdulillah, sempat singgah pekena mee udang..

09 March 2011

Isi dan Kulit

Jangan diPISAHkan... bak cahaya dan matahari... tak de cahaya takde la matahari... takde matahari takde la cahaya..

kita datang ini hanye sebagai tetamu senja... kosong tangan kosang dada... bila pulang nanti bawa la ape yg patut
nukilan A Samad Said...

kopratasa  - tetamu senja

06 March 2011

bunga Kehidupan

ooohh teratai bunga indah


Oh tolong, lindungilah dia
Agar ku dapat bersamanya lagi
Ku inginkan terataiku sayang
Berseri seperti semula
Teratai bunga indah


04 March 2011

GURU dan Murid

belajar biar berguru, tak de guru kalu takde murid.. ermm faham dan tahu kah aku.. ape hak murid dan ape hak guru.. maka kalu aku tak tau tanyelah pada yg ahli.. tak tau buat capati tanya pada yang tahu buat capati...

Yang pasti dan mesti dalam proses yg never ending story ni BERGURU.. Siapakah guru yg layak bergelar Guru?

03 March 2011

Burma/Myanmar 2010

mingelaba... chezubei....