17 February 2011

Siang Malam - Terang Gelap

سُوۡرَةُ یُونس
هُوَ ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلَّيۡلَ لِتَسۡڪُنُواْ فِيهِ وَٱلنَّهَارَ مُبۡصِرًا‌ۚ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَسۡمَعُون  -  ٦٧

Dialah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya perubahan malam dan siang itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu mendengar (keterangan-keterangan yang tersebut dan mengambil pelajaran daripadanya). (Surah Yunus : 67) 



Rasulullah s.a.w. menyuruh supaya setiap orang mengurangkan keluar pada waktu
malam kerana pada waktu malam segala kejahatan buruk boleh terjadi tanpa
diduga.
Keluar pada malam itu tidak digalakkan kecuali sebab-sebab tertentu. Apatah lagi
jika keluar seorang diri.

Rasulullah s.a.w. ada bersabda:

Andainya manusia itu tahu apa yang terjadi ketika berseorangan, seseorang
itu tidak akan berjalan bersendirian biarpun satu malam buat selamalamanya.


Ya Allah.... ampunkan kami.... 



No comments: